Sponsors
+ Reply to Thread
Results 1 to 1 of 1

Thread: Peraturan Forum

Peraturan Forum
  1. Administrator's Avatar

    Administrators
    Join Date: Sep 2005
    Location: Internet
    Posts: 16
    said "thanks": 1
    thanked 38 times in 17 messages
    Time Online
    3 Wks 1 Day 3 Hrs 18 Mins 59 Secs
    Avg. Time Online
    20 Mins 3 Secs
    Reputation:
    34
    #1

    ??????????? Peraturan Forum

    Peraturan Kebebasan berforum di Forum ForexPeoples.


    Forum ForexPeoples.com adalah satu forum forex yang bebas untuk berkomunikasi mengenai dagangan, pelaburan dan perkhidmatan pembrokeran.
    Apabila anda bersetuju untuk berkomunikasi di Forum, bermakna anda bersetuju dengan peraturan dan menerimanya.

    Peraturan-peraturan.

    Larangan di Forum:

    1.1. Menyalahgunakan atau berkelakuan mengancam kakitangan Forum, wakil-wakil syarikat atau peserta Forum yang lain, atau melakukan pencerobohan;

    1.2. Menggunakan bahasa kesat;

    1.3. Menyebarkan perisian berbahaya, pornografi, atau perisian yang melanggar hak cipta atau memberi perkhidmatan yang ragu-ragu;

    1.4. Menggunakan banyak ID atau meggunakan ID orang lain. Mewujudkan dan menggunakan ID yang hampir sama dengan ID yang sedia ada. Menggunakan nama laman web atau alamat email sebagai ID;

    1.5. Menyiarkan maklumat yang tidak dibenarkan atau palsu, menghina ahli-ahli Forum yang lain;

    1.6. Membuat tuduhan ke atas individu-individu atau syarikat-syarikat yang tidak disokong oleh fakta;

    1.7. Meletakkan pengiklanan tidak sah dalam seksyen yang tidak dibenarkan;

    1.8. Perbahasan tentang tindakan dan sifat-sifat peribadi kakitangan Forum tanpa keizinan mereka;

    1.9. Mewujudkan beberapa tajuk kandungan yang sama;

    1.10. Mewujudkan dan menyatakan mesej-mesej diskriminasi kaum atau orientasi pelampau yang mengandungi ungkapan keras. Diskriminasi berdasarkan pendapat politik, agama, seks atau umur adalah dilarang;

    1.11. Mewujudkan mesej, mengandungi perkataan berhuruf besar, penggunaan tanda baca lebihan, atau penyalahgunaan gaya tulisan, huruf dan warna;

    1.12. Berulang kali ‘Quote’ yang telah diposkan sebelumnya;

    1.13. Mengenakan pandangan atau mengadakan sebarang tindakan dalam syarat mutlak.

    1.14. Menggunakan ungkapan dan jawapan yang tidak berkaitan dengan mesej;

    1.15. Meletakkan rujukan di ‘signature’ di mana mempunyai kandungan yang meragukan atau melanggar hak cipta;


    Pengiklanan di Forum:

    2.1. Isi kandungan mengikut konteks yang diiklankan di Forum, ‘signature; atau di seksyen ‘Advertisement’ yang perlu mengikut Peraturan Forum;

    2.2. Laman yang diiklankan di forum dalam seksyen ‘Advertisement’ akan dikodkan dalam bentuk banner atau tanda;

    2.3. Banner yang diletakkan di forum akan dihubungkan ke laman utama;

    2.3.1 Jenis kod-kod untuk diletakkan di laman web :

    A] 100*100 view:
    100_100.jpg

    B] 120*20 view:
    120_20.jpg

    C] 200*200 view:
    200_200.jpg

    D] 468*60 view:
    468_60.jpg

    E] 728*90 view:
    728_90.jpg


    2.3.3 Perkhidmatan yang diiklankan di seksyen ‘Advertisement’ perlu mematuhi Komuniti Forum. Produk dan perkhidmatan perlu diberi penjelasan penuh dalam seksyen khusus.

    2.3.4 Pihak pengurusan mempunyai hak untuk membatalkan link atau pengiklanan tersembunyi tanpa penjelasan.

    Sistem amaran:

    3.1. Jika melangar peraturan, pihak pengurusan memberi amaran dalam pos atau secara lisan.

    3.2. Jika pencabulan peraturan sistematik oleh ahli, pengurusan boleh menyekat akses ke seksyen selama-lamanya.

    3.3. Amaran akan dibuat sebanyak tiga kali. Jika berlaku pencabulan selanjutnya, ahli tidak akan dibenarkan mengakses ke Forum selama-lamanya.

    3.4. Jika pencabulan melampau atau menyalahi arahan-arahan pentadbiran, pentadbiran boleh segera menafikan akses ke Forum tanpa amaran.

    3.5. Pentadbiran mempunyai hak menghalang atau membuang topik perbincangan tanpa memberi alasan.


    Tambahan kepada peraturan asas:

    4.1. Semua pos ditulis oleh ahli Forum, fail-fail dan data adalah hak milik forum dan boleh digunakan untuk kecekapan komuniti Forum.

    4.2. Seksyen-seksyen tertentu Forum mempunyai peraturan tambahan yang asas. Peraturan tambahan ini adalah sokongan kepada peraturan-peraturan lain untuk berkomunikasi dalam seksyen-seksyen ini.

    Semua pos yang melanggar peraturan-peraturan ini akan padamkan tanpa notis. Oleh itu, kami nasihatkan anda mengikuti peraturan seksyen.
    Pengurusan forum ForexPeoples berusaha memastikan dialog membina antara pihak-pihak berkenaan untuk mencapai objektif yang maksimum.

    Jika anda mempunyai sebarang soalan sila hubungi pentadbiran Forum di: forexpeoplesforum@gmail.com
    Last edited by Administrator; 08-11-2015 at 09:40 AM. Reason: Malay Translation
  2. 3 user(s) thanked:
    100c° (09-27-2011) admin (08-08-2011) Smart Fx (06-05-2012)

+ Reply to Thread

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts